Seeding Method

Panduan Menanam Greeny Vegetables / Sayuran Hijau

( Contoh : Bayam , Kangkung, Sawi , Kailan dan sebagainya )

ASAS : Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid . Gunakan PH atau Soil tester untuk permudahkan bacaan PH Medium.

1 ) Penyediaan tapak : Cadangan untuk memilih Tapak yang sesuai.

2 ) Pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah.

3 ) Penyediaan batas : Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 – 25 cm

4 ) Sediakan Sungkupan : penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.

5 ) Selepas 2 hari :: tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis. Beri perlindungan (sungkupan) dan air yang sesuai.

6) Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

7) Penjagaan tanaman sayuran  : Menyiram , Merumput , Membaja & Mengawal Perosak dan penyakit

8 ) Selepas 1 bulan boleh memungut hasil.